Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Word_

Microsoft: Sebilangan Fail Word Mungkin Terpadam Selepas Disimpan

Diterbitkan Oktober 8, 2024 · Dikemas kini Oktober 8, 2024 oleh Amalina Athman

Microsoft memaklumkan kepada pengguna mengenai isu yang mungkin menyebabkan Word untuk Windows memadamkan beberapa dokumen dan bukannya menyimpannya.

Seperti yang dijelaskan oleh Microsoft, pepijat ini hanya memberi kesan kepada pengguna pengguna Microsoft Word untuk versi 2409.

Pengguna mungkin menghadapi masalah dalam versi 2409 di mana fail mereka dipadamkan selepas disimpan jika tajuk mengandungi sambungan fail dengan huruf besar (.DOCX, .RTF) atau #. Isu ini berlaku apabila membuat suntingan pada fail dan menyimpan apabila digesa (prompted) selepas cuba menutup Word.

Microsoft mengesahkan isu berkenaan selepas beberapa laporan pengguna, termasuk di Reddit, yang mengadu bahawa Microsoft Word mula memadamkan beberapa fail yang disimpan.

Microsoft Word_1

Buat masa ini, pasukan Microsoft Word masih menyiasat itu tersebut. Sehingga pembetulan tersedia, pengguna terjejas boleh mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya.

Antaranya termasuk cari dan mengembalikan (restore) fail yang dipadam daripada tong kitar semula, atau simpan dokumen secara manual sebelum aplikasi ditutup.

Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan tetapan “Jangan tunjukkan Bahagian Belakang apabila membuka atau menyimpan fail dengan pintasan papan kekunci” daripada File > Options > Save.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Microsoft Lancar Office Versi Baharu Yang Tak Perlukan Sambungan Internet Dan Langganan
  • Microsoft Akan Guna Tenaga Nuklear Untuk Kuasakan AI Mereka
  • Microsoft Office 2024 Kini Dalam 2 Edisi Tanpa Langganan, Harga Dari RM609 Sahaja

Sumber: Microsoft

Rujukan: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY