Pusat data kecerdasan buatan (AI) moden memerlukan penggunaan sejumlah besar kuasa dan ia dijangka akan menjadi lebih haus kuasa pada tahun-tahun akan datang apabila gergasi-gergasi teknologi seperti Google, Microsoft, Meta dan OpenAI berusaha ke arah kecerdasan am buatan (AGI).
Mungkin sebab itulah Microsoft bersetuju untuk membeli sebuah loji kuasa nuklear bagi menjana tenaga pusat datanya.
Ia selepas pemilik loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Constellation Energy Corp. akan melabur sejumlah $1.6 bilion (~RM6.72 bilion) untuk menghidupkan semula loji nuklear yang telah ditutup itu dengan menjual semua kuasa pengeluaran kepada Microsoft Corp.
Pengendali reaktor terbesar AS itu menjangkakan loji Three Mile Island akan kembali beroperasi pada 2028.
Walaupun salah satu daripada dua unit tapak itu ditutup secara kekal hampir setengah abad yang lalu selepas kemalangan nuklear AS yang paling teruk pernah berlaku, Constellation merancang untuk membuka semula reaktor lain yang ditutup pada 2019 dahulu.
Pembelian tenaga dari loji ini untuk selama dua dekad menjadikan ia sebagai yang pertama kepada Microsoft dalam memperoleh kemudahan nuklear 100% khusus untuk kegunaannya.
Pembelian loji nuklear itu akan membantu rancangan Microsoft untuk menjalankan semua rangkaian pusat data global besarnya pada tenaga bersih menjelang 2025 yang akan digunakan untuk memacu pengembangan pusat data di kawasan seperti Chicago, Virginia, Pennsylvania dan Ohio.
Microsoft bukanlah satu-satunya syarikat teknologi yang mencari kuasa nuklear untuk memacu cita-cita AI mereka.
Pada awal tahun ini, bahagian pengkomputeran awan Amazon.com Inc. telah bersetuju untuk membelanjakan $650 juta (~RM2.73 bilion) untuk memperoleh kampus pusat data yang disambungkan ke loji kuasa nuklear Talen Energy Corp. yang berusia berusia 40 tahun di Sungai Susquehanna di Pennsylvania.
{suggest}
Sumber: Bloomberg