Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
office 2024 1

Microsoft Office 2024 Kini Dalam 2 Edisi Tanpa Langganan, Harga Dari RM609 Sahaja

Diterbitkan Oktober 3, 2024 · Dikemas kini Oktober 3, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas 3 tahun mengeluarkan perisian popularnya versi Office 2021, Microsoft kini melancarkan Office 2024 untuk pengguna, yang sudah tersedia bermula 1 Oktober 2024.

Hadir dalam 2 edisi, Office 2024 edisi pertama dikenali sebagai Office Home 2024 yang sesuai untuk pelajar dan keluarga yang mahukan aplikasi Office klasik termasuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote untuk Windows 11 dan Windows 10.

Versi Office Home 2024 ini dijual pada harga RM609 sahaja tanpa memerlukan langganan bulanan yang sudah boleh dibeli melalui laman Microsoft.

office 2024

Manakala versi keduanya dikenali sebagai Office Home & Business 2024 yang sesuai untuk  keluarga dan perniagaan kecil yang mahukan aplikasi dan e-mel Office klasik termasuklah Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote untuk Windows 11 dan Windows 10.

Office Home & Business 2024 tanpa langganan ini sudah pun tersedia di stor Microsoft sekarang yang berharga RM1,599.

Buat pengetahuan, jangan keliru dengan Microsoft Office 2024 ini. Walaupun tanpa langganan, ia tidak bermakna percuma. Microsoft 365 adalah jenis langganan yang menawarkan aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access.

Sementara, Office 2024 ini adalah jenis sekali bayaran sahaja yang hadir dengan aplikasi seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk PC atau Mac. Malah, ia juga tidak menawarkan pilihan naik taraf. Bermakna, jika ada versi dengan kemas kini terbaru, anda perlu membuat pembayaran penuh sekali lagi.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Microsoft Lancar Office Versi Baharu Yang Tak Perlukan Sambungan Internet Dan Langganan
  • HMD "Buang" Telefon Nokia Dari Laman Web Mereka

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY