Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Surface Earbuds’ Fon Telinga Berkuasa Dari Microsoft

‘Surface Earbuds’ Fon Telinga Berkuasa Dari Microsoft

Diterbitkan Oktober 3, 2019 · Dikemas kini Oktober 3, 2019 oleh ariff bukhari

Fon telinga tanpa wayar yang menyokong pelbagai ciri menarik.

Microsoft tidak mahu ketinggalan sama dalam persaingan fon telinga tanpa wayar pintar sepertimana Apple, Huawei dan lain-lain. Jadi hari ini, Microsoft telah memperkenalkan fon telinga terbaru mereka yang dikenali sebagai ‘Surface Earbuds’.

Menerusi demo yang diperlihatkan Microsoft, Surface Earbuds bukan sahaja peranti audio bagi mendengar muzik atu menjawab panggilan telefon semata-mata. Sebaliknya terdapat pelbagai ciri menarik yang disokong oleh peranti tersebut.

Antara ciri yang disokongnya adalah fungsi arahan suara Cortana serta integrasi bersama aplikasi Office 365. Sebagai contoh pengguna boleh mengawal persembahan slaid pada PowerPoint dan lain-lain.

Ia juga menyokong ciri pada aplikasi pihak ketiga seperti mengaktifkan dan mengawal aplikasi Spotify, penterjemah bahasa dan banyak lagi.

Microsoft memaklumkan bahawa Surface Earbuds mampu beroperasi sehingga 24 jam pada setiap kali ia dicas penuh.

Microsoft Surface Earbudsdijual pada harga USD249 yang akan ditawarkan kemudian dalam tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=xCGTkwVpGLs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY