Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft AI_2

Microsoft Perkenal 7 Model AI Buatan Sendiri, Termasuk MAI-Thinking-1

Diterbitkan Jun 3, 2026 · Dikemas kini Jun 3, 2026 oleh Amalina Athman

Microsoft kini mengambil langkah lebih besar untuk mengurangkan kebergantungannya kepada OpenAI apabila memperkenalkan beberapa model AI yang dibangunkan sendiri, termasuk model penaakulan pertamanya yang dikenali sebagai MAI-Thinking-1.

Menurut Microsoft, MAI-Thinking-1 dibangunkan sepenuhnya dari awal tanpa menggunakan teknik “distillation”, iaitu kaedah yang sering digunakan untuk melatih model baharu dengan meniru output model AI lain. Model penaakulan seperti ini direka untuk menyelesaikan masalah secara berperingkat sebelum menghasilkan jawapan, sama seperti pendekatan yang digunakan oleh model daripada OpenAI, Google dan Anthropic.

Mai-Thinking-1 Microsoft

Buat masa ini, MAI-Thinking-1 hanya tersedia kepada kumpulan pelanggan terpilih.

Selain model tersebut, Microsoft turut memperkenalkan beberapa model lain yang memberi tumpuan kepada penjanaan imej, transkripsi audio, suara dan pengekodan.

Microsoft AI_

MAI-Image 2.5 serta versi Flash menyokong penjanaan imej daripada teks dan penyuntingan imej. MAI-Transcribe-1.5 pula dikatakan lima kali lebih pantas berbanding model pesaing.

Sementara itu, MAI-Voice-2 menawarkan penjanaan suara yang lebih semula jadi dalam 15 bahasa serta keupayaan menyesuaikan suara berdasarkan sampel audio yang ringkas. Microsoft menyatakan versi Flash bagi model tersebut akan diperkenalkan dalam masa terdekat

Bagi pembangunan perisian, model MAI-Code-1-Flash yang dioptimumkan untuk kecekapan inferens kini diintegrasikan ke dalam GitHub Copilot dan Visual Studio Code.

Selain digunakan dalam produk Microsoft sendiri, model-model ini juga akan ditawarkan kepada pembangun melalui platform seperti OpenRouter, Fireworks dan Baseten. Buat pertama kali, pembangun boleh menyesuaikan (fine-tune) model tersebut mengikut keperluan mereka sendiri.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OpenAI Perbaharui Perjanjian, Microsoft Tidak Lagi Pegang Lesen Eksklusif Model AI
  • Microsoft Surface Laptop Ultra Diperkenal– Laptop Surface Paling Berkuasa, Skrin Mini-LED 2,000 Nits, Cip RTX Spark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY