Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk” Trim” Atau Memotong Video Pada Windows 11 Dengan Mudah Dan Pantas

Microsoft Mula Papar Iklan Di Windows 10, Galak Pengguna Naik Taraf Windows 11

Diterbitkan November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Microsoft kini semakin agresif dalam usaha memujuk pengguna Windows 10 untuk beralih kepada Windows 11, menjelang tarikh akhir sokongan Windows 10 pada Oktober 2025.

Microsoft Mula Papar Iklan Di Windows 10, Galak Pengguna Naik Taraf Windows 11

Baru-baru ini, pengguna melaporkan menerima promosi skrin penuh yang menggalakkan pembelian PC Windows 11 baharu, termasuk model dengan ciri Copilot Plus untuk pengalaman terbaik. Sekitar April lepas, ada juga pengguna yang mengadu di mana dia mendapat ‘pop up’ iklan naik taraf Windows 11.

Promosi ini menggunakan slogan seperti Lakukan lebih dengan PC Windows 11 baharu dan menyediakan pautan ke laman promosi Microsoft.

Namun, ia tidak menyebut bahawa pengguna Windows 10 masih boleh menggunakan OS ini selepas tarikh sokongan tamat, walaupun perlu membayar $30 (~RM134) untuk kemas kini sekuriti tambahan selama setahun.

Pendekatan ini mirip dengan strategi agresif Microsoft sebelum ini, ketika mereka mendorong pengguna Windows 7 dan 8.1 untuk naik taraf ke Windows 10. Dengan Windows 11 hanya menyokong CPU keluaran 2018 ke atas, menyebabkan ramai pengguna perlu membeli PC baharu kerana peranti sedia ada tidak memenuhi syarat teknikal.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) HONOR Magic6 Pro, Ada Sesuatu Yang Kurang
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • AirAsia MOVE Perkenal Pakej 'SNAP' Penerbangan+Hotel Baharu
  • Apple Dilapor Akan Tingkatkan Pelaburan Kepada $100 Juta Di Indonesia
  • Saiz Skrin Pengaruhi Pengguna Dalam Pemilihan Model iPhone - CIRP

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY