Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Max – 1

Saiz Skrin Pengaruhi Pengguna Dalam Pemilihan Model iPhone – CIRP

Diterbitkan November 21, 2024 ยท Dikemas kini November 21, 2024 oleh ariff bukhari

Consumer Intelligence Research Partners (CIRP) dalam laporan terbarunya berkaitan iPhone mendedahkan, faktor saiz skrin iPhone mempengaruhi pengguna dalam memilih model iPhone.

“Secara keseluruhan, faktor bentuk asas iPhone kekal paling popular, dengan lebih 40% daripada jualan pada 2024” CIRP.

saiz skrin iPhone
Carta di atas menunjukkan penguasaan model iPhone bagi 12 bulan berakhir September dari tahun 2022 hingga 2024.

Namun begitu, CIRP berkata, iPhone Pro Max, dengan binaan premium dan skrin yang lebih besar didapati memiliki bahagian terbesar dengan 26%.

iPhone Pro pula (saiz standard dengan pemproses dipertingkatkan) pada 19%.

Malah iPhone Plus (saiz lebih besar tapi dengan pemproses standard) walaupun menjadi iPhone yang paling tidak popular, menguasai 13% pasaran iPhone.

Menurut CIRP, penguasaan untuk varian Pro dan Pro Max kekal stabil sejak tiga tahun lalu.

“Kami melihat penambahbaikan teknologi telah memungkinkan untuk menawarkan telefon yang lebih besar yang boleh dikendalikan atau dimasukkan ke dalam poket.”

iPhone 16 Pro Max vs iPhone 15 Pro Max
Apple jadikan skrin iPhone 16 Pro Max lebih besar dengan saiz 6.9 inci berbanding 6.7 inci pada iPhone 15 Pro Max.

CIRP menyimpulkan, eksperimen Apple dengan menjadikan saiz skrin iPhone lebih besar dari model sebelumnya telah memberi kejayaan kepada syarikat itu.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • OPPO Terajui Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia, Indonesia Dan Thailand, Pertama Kali Kuasai Asia Tenggara - Canalys
  • Ini 9 Permainan Android Terbaik Diiktiraf Google Play Untuk Tahun 2024

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY