Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia move snap

AirAsia MOVE Perkenal Pakej ‘SNAP’ Penerbangan+Hotel Baharu

Diterbitkan November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

AirAsia MOVE memperkenalkan pakej SNAP Penerbangan+Hotel, penyelesaian perjalanan yang lebih mudah dan mampu milik. Dengan pakej ini, pengguna boleh menikmati kadar eksklusif untuk penerbangan AirAsia dan rakan hotel, menjadikan pengalaman percutian lebih berbaloi.

AirAsia MOVE turut memperkenalkan ‘WEDNESDEALS’, jualan mingguan eksklusif selama 24 jam yang hanya boleh diakses melalui aplikasi AirAsia MOVE setiap hari Rabu. Promosi ini meliputi destinasi seluruh ASEAN dan banyak lagi, memberikan penjimatan maksimum kepada pengembara.

airasia move snap_

Bersempena pelancaran ‘WEDNESDEALS’, tempoh jualan mingguan dilanjutkan kepada 3 hari bermula 20 hingga 22 November 2024. Nikmati penjimatan sehingga RM170 dengan kod promo WEDNESDEALS dan pembayaran menggunakan kad VISA untuk pembelian minimum RM1200.

Pengguna juga berpeluang memenangi RM500 melalui peraduan media sosial yang berlangsung dari 19 hingga 30 November 2024. Sepuluh pemenang bertuah dari Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina akan dipilih.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery dan nikmati pengalaman perjalanan yang lebih hebat dengan SNAP. Layari laman web rasmi dan platform sosial Air Asia di Instagram & TikTok untuk promosi terkini.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • MSI Terima Lima Anugerah Inovasi CES 2025
  • Buz Lancar Penjenamaan Baharu Bersama Ain Edruce Sebagai Duta Jenama Malaysia
  • LG UltraGear GX7, Monitor 'Gaming' OLED 480Hz Pada Harga Lebih Mampu Milik
  • Huawei Watch D2 Dilancarkan Dengan Ciri Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori Pertama Di Dunia Pada Jam Pintar

Sumber: Siaran Media AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY