Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan “Desktop” Windows

Seakan Memaksa, Pengguna Windows 10 Terima Iklan Windows 11 Skala Skrin Penuh

Diterbitkan April 15, 2024 ยท Dikemas kini April 15, 2024 oleh ariff bukhari

Pada Februari lalu, Microsoft telah mengumumkan akan menamatkan sokongan ke atas sistem operasi Windows 10. Jadi, kini pengguna melaporkan mereka mula menerima iklan skrin penuh yang memaklumkan mereka supaya menaik taraf kepada Windows 11.

Seorang pengguna berkongsikan tangkap layar iklan tersebut di Reddit dengan kapsyen, “Saya baru sahaja mendapat pop timbul SKRIN PENUH ini semasa sedang bekerja. Nah”.

Seakan Memaksa, Pengguna Windows 10 Terima Iklan Windows 11 Skala Skrin Penuh

Tambahan pula, iklan tersebut nampaknya tidak mempunyai pilihan “jangan ingatkan saya lagi”, hanya “ingatkan saya kemudian,” bermakna pengguna berkemungkinan akan mendapat iklan skrin penuh secara rawak pada masa hadapan.

Microsoft mengumumkan akan tamatkan sokongan untuk Windows 10 pada 14 Oktober 2025, dan pengguna sistem operasi Windows terdahulu kini disyorkan untuk memulakan proses pemindahan ke versi terbaharu Windows 11.

Jadi, sebagai usaha untuk menjadikan peralihan lebih disedari pengguna, Microsoft nampaknya memutuskan untuk mula memaparkan iklan skrin penuh kepada pengguna Windows 10.

Menurut firma teknologi Canalys. selepas Microsoft menamatkan sokongan untuk Windows 10, dianggarkan sehingga 240 juta PC mungkin dihantar ke tapak pelupusan ekoran keperluan perkakasan Windows 11 yang ketat.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Reddit, Canalys, Extreme Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY