Microsoft Mendakwa Lebih Daripada 80 Ribu Komputer Windows Telah Dijangkiti Perisian Hasad Dexphot

Mula menjangkiti pengguna sistem Windows sejak Oktober tahun lalu.


Penyelidik keselamatan komputer dari Microsoft mendedahkan, lebih daripada 80,000 buah komputer Windows telah dijangkiti dengan perisian hasad Dexphot sejak Oktober 2018.

Dexphot menyerang pengguna Windows yang aktif dalam aktiviti perlombongan kriptowang dengan mencuri sumber kriptowang mangsa dan mengaut keuntungan bagi dirinya sendiri menerusi serangan ke atas mangsa.

Dexphot paling aktif dikesan menyerang pengguna Windows adalah dalam pertengahan bulan Jun lalu.

Tetapi selepas daripada itu, serangan Dexphot didapati berlaku penurunan ketara. Ini kerana, Microsoft mendakwa mereka telah mengekang serangan perisian hasad itu dari terus merebak.

Microsoft menyatakan, cara penyebaran dan serangan perisian hasad Dexphot terhadap pengguna Windows adalah amat rumit.

Walaubagaimanapun, menerusi Microsoft Defender Advanced Threat Protection (ATP), mereka mampu mengesan dan respon dengan segera terhadap serangan Dexphot daripada terus merebak menjangkiti pengguna Windows.

"Microsoft Defender ATP provides comprehensive protection against Dexphot and the countless other complex and evolving threats that we face every day." Microsoft

Sumber: ZDNet