Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Switch Membuat Penurunan Harga Bagi Iphone Xs Max

Perisian Hasad Terbaru Krampus-3PC Sedang Aktif Menyerang Pengguna iPhone

Diterbitkan Disember 18, 2019 · Dikemas kini Disember 18, 2019 oleh ariff bukhari

Lebih 100 ribu penerbitan berita dan laman sesawang terjejas dengan serangan ini.

Satu perisian hasad terbaru yang bernama Krampus-3PC didapati sedang aktif menyerang pengguna peranti iPhone. Serangan yang secara khusus mensasarkan pengguna iPhone itu telah menjejaskan lebih daripada 100 ribu firma penerbitan berita dan laman sesawang di U.K.

Pendedahan aktiviti perisian hasad ini dibuat oleh peneylidik keselamatan dari The Media Trust’s Digital Security & Operations (DSO) baru-baru ini.

Penyelidik menyatakan perisian hasad Krampus-3PC ini sebagai unik kerana ia beroperasi secara pelbagai tahap serta mekanisme yang mengelirukan bagi mengelakkan ia daripada dikesan.

Penyelidik menerangkan, Krampus-3PC secara khusus akan mula menyerang sebahagian besar pengguna iPhone apabila bemulanya musim kempen beli-belah.

Ia menjangkiti pengguna iPhone apabila mereka melawati laman-laman sesawang atau laman media yang telah dijangkiti perisian hasad ini.

Apabila berjaya menjangkiti iPhone mangsanya, Krampus-3PC secara automatik akan membawa pengguna ke laman beli-belah palsu. Dari situ, ia akan mula mencuri data pengguna termasuklah kuki, lokasi, data laman sesawang yang pernah dilayari dan lain-lain.

Data-data yang dicuri itu kemudiannya akan dihantar ke pelayan pihak ketiga yang mengawal perisian hasad tersebut.

Krampus-3PC mula dikesan dan aktif sejak Oktober lalu dan serangannya berterusan sehingga kini secara global.

Sumber: GBHackers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY