Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 Antivirus Percuma Dan Terbaik Untuk Tahun 2017

Perisian-Perisian Antivirus Komputer Masih Menyokong Pengguna Windows 7

Diterbitkan Februari 1, 2020 · Dikemas kini Februari 1, 2020 oleh ariff bukhari

Sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun lagi.

Bersandarkan kepada semakan oleh laman AV Test, semua pembangun perisian pihak ketiga antivirus komputer menyatakan bahawa mereka masih memberikan sokongan terhadap pengguna umum Windows 7 yang telah ditamatkan sokongannya oleh Microsoft 14 Januari 2020 lalu.

Berikut adalah status sokongan 26 perisian antivirus komputer terhadap sistem Windows 7:-

  • Microsoft Security Essentials – MSE merupakan perisian antivirus percuma yang dibangunkan Microsoft bagi melindungi pengguna untuk sistem operasi komputer Windows 7 dan Vista dari serangan virus, perisian intip dan perisian hasad lain. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sokongan MSE sudah ditamatkan Microsoft. Tetapi Microsoft masih akan memberikan ‘signature updates’ kepada pengguna Windows 7 tanpa dinyatakan tarikh penamatannya.
  • Sophos – Pengguna umum perisian ini akan menerima sokongan dari Sophos sehingga Disember 2020.
  • McAfee dan F-Secure – Sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.
  • Avira – Sokongan ditamatkan pada November 2022.
  • AhnLab, AVG, Avast, Bitdefender, Bullgard, Carbon Black, ESET, FireEye, G Data, Ikarus, Kaspersky, K7 Computing, Microworld, PC Matic, Quickheal, Sqqrite, Symantec/NortonLifeLock, ThreatTrack / Vipre, TotalAV, Trend Micro – menyokong para pengguna mereka sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun lagi.

Sungguh pun perisian-perisian antivirus ini masih menyokong sistem Windwos 7, tetapi ia bukanlah sebagai jaminan mutlak komputer pengguna akan terlindung sepenuhnya.

Oleh itu, pengguna Windows 7 amat disyorkan supaya menaik taraf kepada sistem Windows 10 yang lebih moden dan selamat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY