Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
micrrosoft work

Pekerja Di Malaysia Mahu Kerja Jarak Jauh Dan Fleksibel Dikekalkan – Microsoft

Diterbitkan Mei 10, 2021 · Dikemas kini Mei 10, 2021 oleh ariff bukhari

Microsoft menerusi kajian yang dijalankan mereka mendapati pemimpin perniagaan di Malaysia tidak seharusnya menganggap aturan kerja secara hibrid sebagai urusan biasa perniagaan dan perlu mengkaji semula andaian lama untuk menentukan kaedah kerja pada masa depan.

Ia berikutan kebanyakan pekerja di Malaysia mahu kerja fleksibel diteruskan, biarpun mereka mahu lebih banyak masa untuk pertemuan bersemuka dengan rakan sekerja mereka.

Microsoft berkata, 77 peratus pekerja di Malaysia yang ditinjau selidik mahu
meneruskan kaedah kerja jarak jauh fleksibel, dan 75 peratus mahukan masa bersemuka lebih lama dengan pasukan mereka.

Sebagai persiapan, pemimpin perniagaan (62 peratus) di Malaysia mempertimbangkan keperluan untuk menyusun semula ruang pejabat untuk kerja hibrid.

Itu adalah antara hasil kajian ke atas kakitangan tempatan yang diumumkan oleh Microsoft dalam Indeks Trend Kerja tahunan pertamanya bertajuk “The Next Great Disruption is Hybrid Work – Are We Ready?” (Gangguan Besar Seterusnya Ialah Kerja Hibrid – Adakah Kita Sudah Bersedia?).

Ia melibatkan tinjauan terhadap lebih daripada 30,000 kakitangan di 31 negara termasuk 1,000 pekerja di Malaysia, dan menganalisis bertrilion isyarat produktiviti dan buruh agregat daripada data Microsoft 365 dan LinkedIn.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY