Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Paling Merbahaya Di Dunia Dikesan Kembali Aktif Menjangkiti Jutaan Komputer Di Seluruh Dunia

Perisian Hasad Paling Merbahaya Di Dunia Dikesan Kembali Aktif Menjangkiti Jutaan Komputer Di Seluruh Dunia

Diterbitkan Februari 19, 2022 · Dikemas kini Februari 19, 2022 oleh ariff bukhari

Perisian hasad Emotet pertama kali dikesan pada 2014 sebagai perisian hasad perbankan. Ia kini kembali dikesan aktif sejak November 2021 lalu oleh penyelidik keselamatan dari Palo Alto Networks Unit 42.

Emotet yang dianggap sebagai salah satu daripada perisian hasad paling merbahaya di dunia bukan sahaja kembali aktif mutakhir ini tetapi juga berevolusi dengan mengubah taktik penyebaran dan serangannya.

Menurut penyelidik keselamatan, Emotet kini disebarkan melalui e-mel dalam bentuk fail Excel dengan mengeksploitasi ciri macros Excel apabila ia diaktifkan.

Perisian Hasad Paling Merbahaya Di Dunia Dikesan Kembali Aktif Menjangkiti Jutaan Komputer Di Seluruh Dunia
Kredit: Palo Alto Networks Unit 42

Rajah di atas menunjukan contoh hantaran e-mel oleh botnet perisian hasad Emotet bagi menipu mangsanya.

Ekoran itu, Microsoft telah respon terhadap serangan Emotet dengan mengumumkan akan menyekat ciri macros tersebut dari diaktifkan secara default pada tetapan perisian Office mereka bermula April ini

Perisian Hasad Paling Merbahaya Di Dunia Dikesan Kembali Aktif Menjangkiti Jutaan Komputer Di Seluruh Dunia
Kredit: Microsoft

Sejak November lalu sahaja, sudah lebih daripada 2.7 juta kes serangan Emotet telah dilaporkan berlaku di seluruh dunia.

Dalam bulan November 2021 lalu, sebanyak 90,000 kes melibatkan serangan Emotet telah dikesan.

Kemudian dalam bulan Januari tahun ini sahaja sudah lebih daripada 1.07 juta insiden serangan Emotet telah dikesan.

Manakala dalam bulan Februari tahun ini pula sudah lebih daripada 1.25 juta serangan Emotet telah dikesan.

Malah sebelum ini iaitu pada tahun 2018 dahulu, hanya dalam tempoh sebulan sahaja sekitar 19 juta kes melibatkan jangkitan Emotet telah dikesan berlaku di seluruh dunia.

Emotet menjadikan pengguna komputer Windows sebagai mangsanya. I direka sebagai perisian hasad perbankan yang berupaya menyelinap masuk ke dalam sistem komputer pengguna serta mencuri data peribadi mangsanya.

Selain itu ia juga berupaya memasang perisian hasad lain ke dalam komputer yang dijangkiti.

Penyelidik menyatakan, Emotet akan sentiasa berevolusi taktik serangannya bagi mengelakkan ia daripada dikesan perisian antivirus komputer. Sekaligus akan terus kekal menghantui pengguna Windows seluruh dunia untuk tempoh yang lama.

Sumber: Palo Alto Networks, Microsoft, Threat Post, Kyodo news, Kaspersky

Baca juga:

  • Buang Segera Aplikasi Pengesahan 2 Faktor Ini Selepas Dikesan Membawa Perisian Hasad Vultur
  • Hati-Hati Dengan Sumber Windows 11 Kerana Ada Yang Mengandungi Perisian Hasad
  • Crackonosh, Perisian Hasad Baharu Dalam ‘Game’ Cetak Rompak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY