Peranti TV Android Ini Didapati Turut Mengandungi Perisian Hasad

Baru-baru ini, pihak Penasihat Keselamatan Dan Infrastruktur Kanada melaporkan penemuan penjualan peranti TV Android yang dijual mengandungi perisian hasad.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna bernama Daniel Milisic di laman GitHub dan Reddit mendedahkan, peranti TV Android T95 yang dibelinya di laman e-dagang Amazon didapati mengandungi perisian hasad.

T95 dikuasakan oleh cip pemprosesan Allwinner h616 yang ada dijual di laman stor e-dagang seperti Amazon dan AliExpress hanya pada harga sekitar USD40 (~RM171) sahaja.

Tetapi dari semakan yang dibuat di laman stor seperti Shopee juga didapati peranti TV Android yang sama itu turut ada dijual.

Kapsyen: Kredit: Milisic/Amazon


Isu ini disedari Milisic apabila ada sesuatu yang tidak kena selepas peranti TV dengan OS Android 10  itu ditandatangani dengan menggunakan kekunci ujian yang telah membuka Android Debug Bridge.

Sekaligus memberikan sesiapa sahaja akses kepadanya melalui sambungan rangkaian Ethernet dan Wi-Fi.

Beliau menyatakan berdasarkan analisisnya, perisian hasad itu beroperasi sama dengan perisian hasad Android CopyCat yang boleh merampas peranti untuk memasang aplikasi dan memaparkan iklan untuk mencuba dan menjana pendapatan bagi penjenayah siber.

Malah beliau juga menemui bukti perisian hasad lain dipanggil Adups, turut dipasang pada peranti itu juga.

Setakat ini tidak diketahui berapa banyakkah peranti TV Android itu yang terjejas.

Jadi pengguna dinasihatkan elakkan daripada membeli peranti TV Android dari jenama yang tidak ketahui.

{suggest}

Sumber: PCMag

Berkaitan