Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Perkenalkan Surface Pro 7

Microsoft Perkenalkan Surface Pro 7

Diterbitkan Oktober 3, 2019 oleh ariff bukhari

Kini dengan sambungan USB-C.

Selepas pengenalan model terbaru Surface Laptop 3, Microsoft meneruskan pengenalan produk terbaru mereka, Surface Pro 7. Salah satu ciri utama yang difokuskan adalah kehadiran sambungan USB-C pada model terbaru Surface Pro tersebut.

Ia masih menggunakan rekaan dari model sebelumnya dengan dilengkapi skrin bersaiz 12.3 inci tetapi dengan perkakasan yang dinaik taraf. Kini dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel Core generasi ke-10 serta pilihan saiz storan bermula dari 128GB hingga 1TB.

Manakala sokongan kapasiti RAM masih dikekalkan dari versi terdahulu iaitu dari 4GB, 8GB dan 16GB.

Microsoft Perkenalkan Surface Pro 7

Surface Pro 7 turut menyokong teknologi sambungan tanpa wayar Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0. yang didakwa Microsoft membolehkan peranti tersebut mampu beroperasi sehingga 10.5 jam.

Sokongan aksesori tambahan seperti papan kekunci dan pen stylus khas turut ditawarkan untuk pengguna Surface Pro 7 .

Surface Pro 7 berharga dari USD749 dan sudah boleh di pra tempah bermula dari hari ini di A.S dan dijangka akan diterima oleh para pembeli mereka pada 22 Oktober nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=V4Hwi3o2X0E

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY