Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xbox app store

Microsoft Mahu Lancar Gedung Aplikasi Untuk iPhone Seawal Tahun Depan

Diterbitkan Mac 21, 2023 oleh Amalina Athman

Microsoft kini dilaporkan dalam persiapan untuk melancarkan gedung aplikasi mudah alih pada iPhone, seawal tahun depan.

Berkaitan

  • Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had
  • Mulai Esok, TNG eWallet Hadkan Pengeluaran Duit Yang Ditambah Nilai Daripada Kad Kredit

Memetik laporan Financial Times, CEO Microsoft Gaming Phil Spencer berkata pelancaran gedung aplikasi itu bergantung kepada pengawal selia yang meluluskan pemerolehan syarikat pembuat permainan video Activision Blizzard. Ini kerana, ia akan memberikan Microsoft portfolio permainan mudah alih yang lebih meluas.

Selain itu, gedung aplikasi ini hanya boleh dilancarkan jika Akta Pasaran Digital EU serta peraturan lain yang membenarkan gedung aplikasi pihak ketiga pada iOS dikuatkuasakan.

Mengimbas kembali, Apple pada Disember tahun lalu dilapor akan membenarkan gedung aplikasi pihak ketiga pada iPhone dan iPad, sebagai keperluan untuk mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah yang dijangka akan dikuatkuasakan pada Mac 2024.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY