Mulai Esok, TNG eWallet Hadkan Pengeluaran Duit Yang Ditambah Nilai Daripada Kad Kredit

TNG eWallet ialah sebuah e-dompet paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun jenama Touch 'n Go sering dicemuh akibat monopoli mereka.

Mereka kini melaksanakan undang-undang baharu yang hadkan pengeluaran baki yang berpunca daripada kad kredit. yang berkuat kuasa esok, 23 Mac 2023.



Sekarang, hanya RM1,000 saja daripada tambah nilai kad kredit dikira dalam baki boleh pindah (transferable balance) dalam sebulan.

Jika anda top-up melebihi jumlah itu, ia akan jatuh dalam baki tidak boleh dipindah (non-transferable balance).

Apa itu baki boleh pindah dan tak boleh pindah?


Baki boleh pindah (transferable) bermakna anda bebas gunakannya di mana-mana.

Baki tidak boleh pindah (non-transferable) pula tidak boleh dipindahkan ke akaun bank, akaun TNG eWallet lain, e-dompet lain dan Go+ serta GoPinjam.

Adakah saya akan dikenakan caj kalau tambah nilai lebih RM1,000 daripada kad kredit?


Tidak.

Anda hanya akan dicaj 1% jika anda sudah habiskan kuota RM1,000 tadi dan mahu tukarkan top-up baharu ke kategori baki transferable.



Misalnya, anda sudah tambah nilai RM1,000. Kemudian, anda reload lagi RM50 daripda kad kredit secara manual, maka waktu itu TNG eWallet akan bertanya jika anda mahu tukarkannya ke kategori baki boleh pindah.

Jika ya, perlu bayar caj 1%.


Tambah nilai RM300 daripada kad kredit?



  • Boleh dipindah. Ada baki RM700 untuk kuota boleh pindah.


Tambah nilai RM1,000 daripada kad kredit?



  • Boleh dipindah. Kuota boleh pindah kini RM0.

  • Perlu tunggu 1 hari bulan seterusnya untuk kuota seterusnya.

  • Tambah nilai seterusnya dikira dalam baki tidak boleh dipindah. Kalau mahu ia dimasukkan dalam jenis baki boleh pindah, maka perlu lakukan reload daripada kad kredit secara manual (bukan autoreload) dan bayar caj 1%.


terma syarat tng ewallet 2023

Tambah nilai lebih RM1,000 daripada kad kredit?



  • Tidak boleh dipindah.

  • Keseluruhan jumlah ini jatuh dalam non-transferable jika melalui auto-reload.

  • Kalau melalui tambah nilai manual, perlu bayar caj 1% untuk tukarkannya ke dalam kategori baki transferable.


Saya ada kouta lagi RM200, saya top-up RM500, ia jatuh dalam kategori mana?



  • Keseluruhan RM500 ini akan dikategorikan dalam baki non-transferable.

  • Kuota RM200 bulanan tadi masih kekal tersedia.


Saya tambah nilai RM1,050 secara manual tapi ditanya untuk jadikannya transferable sedangkan saya masih ada kuota



  • Sistem TNG eWallet mengiranya dalam satu transaksi sekaligus, tidak pecahkannya secara automatik.

  • Anda tidak boleh tambah nilai dengan jumlah yang melebihi kuota dalam 1 transaksi kalau mahu ia dalam kategori boleh pindah (transferable).

  • Jadi, tambah nilai dulu RM1,000 atau ke bawah untuk cukupkan kuota.

  • Jangan sesekali tambah nilai dalam amaun yang melebihi kuota walaupun 1 sen kerana jumlah keseluruhannya akan dimasukkan ke dalam kategori tidak boleh dipindah.


tng ewallet

Macam mana nak tahu jenis baki tu?



  1. Dalam TNG eWallet, tekan jumlah baki seperti "RM60.20"

  2. Tekan "You can transfer up to RM"




Di sini ia akan tunjukkan jumlah baki yang mana dalam kategori boleh pindah dan tidak boleh dipindah.

Untuk makluman, TNG mengutamakan baki tidak boleh dipindah dalam setiap transaksi.

transferable tng ewallet 2023

Apa saya boleh buat dengan baki tak boleh pindah?


Anda boleh gunakannya untuk pembayaran biasa seperti di kedai, melalui kod QR, pengangkutan awam, parkir, bil, tambah nilai prabayar dan lain-lain.
Boleh guna untuk bayar, hanya tidak boleh untuk pindah atau labur.

Selain tidak boleh pindahkan wang ini ke akaun bank/e-dompet lain, anda juga tidak boleh masukkan ke dalam Go+.

{suggest}

Kunci utama TNG eWallet hadkan pada RM1,000 ini ialah mereka tidak mahu anda cairkan wang kad kredit sebagai tunai. Namun pada masa sama, mereka tidak mahu/boleh sekat terus, jadi hadkan pada RM1,000.

beza transferable tng ewallet

Hal ini kerana ada pengguna selama ini yang menggunakan cara ini untuk tukar 'wang' kad kredit ke tunai dengan percuma.

Seperti kita tahu, bank kenakan caj tinggi jika pengguna keluarkan wang tunai melalui kad kredit di ATM.

Sumber: Touch 'n Go