Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had

Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had

Diterbitkan Januari 12, 2023 oleh Amalina Athman

Microsoft kini dilapor memberikan kelonggaran kepada pekerja di Amerika Syarikat (AS) untuk bercuti tanpa had.

Berkaitan

  • Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT
  • Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara

Memetik laporan The Verge, pengumuman daripada Kathleen Hogan, Ketua Pegawai Microsoft itu dibuat melalui e-mel yang dihantar kepada pekerja. Dinyatakan, Microsoft memanggil cuti tanpa had itu sebagai “Discretionary Time Off” (DTO) atau masa cuti dengan budi bicara, dan terpakai kepada semua pekerja AS yang bergaji. Jelas Hogan,

How, when, and where we do our jobs has dramatically changed, and as we’ve transformed, modernizing our vacation policy to a more flexible model was a natural next step.

Perubahan itu akan bermula pada 16 Januari dan ini juga bermakna pekerja baharu Microsoft tidak lagi perlu menunggu tempoh tertentu untuk memohon cuti. Selain DTO, Microsoft turut menawarkan 10 hari cuti korporat, cuti rehat, cuti sakit dan kesihatan mental, serta cuti untuk tugas juri atau kematian.

Sementara itu, pekerja yang mempunyai baki cuti yang tidak digunakan akan menerima bayaran secara one-off pada April kelak.

Bagaimanapun, polisi baharu ini tidak terpakai bagi pekerja yang bekerja secara jam di Microsoft dan pekerja di luar AS. Microsoft berkata, undang-undang gaji dan jam bagi persekutuan serta negeri menyukarkannya untuk menawarkan masa cuti tanpa had kepada pekerja setiap jam, dan mereka di luar AS akan mengekalkan faedah percutian sedia ada kerana undang-undang dan peraturan yang berbeza di negara lain.

Microsoft bukanlah satu-satunya syarikat teknologi besar yang menggunakan cuti tanpa had. Terdahulu, LinkedIn, Oracle dan Netflix turut menawarkan dasar cuti tanpa had yang serupa untuk pekerja.

Gambar utama: Reuters

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY