Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android_Bleeping Computers

Microsoft Dedahkan Kelemahan Kritikal 2 Aplikasi Popular Android

Diterbitkan Mei 7, 2024 oleh Amalina Athman

Pasukan keselamatan Microsoft baru-baru ini mendedahkan kelemahan keselamatan kritikal, yang berpotensi menjejaskan sejumlah aplikasi Android.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iOS VS Android, Yang Manakah Lebih Selamat? Ini Jawapan Penyelidik

Digelar “Dirty Stream”, kerentanan ini membolehkan aplikasi hasad overwrite fail dalam home directory aplikasi yang terdedah.

Dirty Stream_1

Kesannya, ia membolehkan aplikasi hasad memanipulasi tetapan peranti yang terjejas serta berpotensi mendapat akses kepada token pengesahan dan mencuri data pengguna.

We identified several vulnerable applications in the Google Play Store that represented over four billion installations.

Menurut Microsoft, pihaknya telah mengenal pasti beberapa aplikasi yang terjejas dalam Google Play Store, termasuk sekurang-kurangnya empat aplikasi dengan lebih 500 juta muat turun setiap satu.

Dua contoh aplikasi yang terdedah kepada kerentanan itu termasuk Xiaomi File Manager dan WPS Office dengan masing-masing mempunyai lebih 1 bilion dan 500 juta pemasangan.

Dirty Stream_2

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat yang terlibat telah menyiasat dan membetulkan isu tersebut. Bermula Februari 2024, tampalan keselamatan telah pun dilakukan pada aplikasi yang terdedah.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk memastikan peranti dan aplikasi yang dipasang sentiasa dikemas kini melalui Google Play Store (atau sumber dipercayai lain yang sesuai).

Sumber: Microsoft

Gambar utama: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
©2026 WISER.MY