Bermula dari 9 November dan tamat pada 31 Disember, kempen ini menawarkan promosi eksklusif yang boleh anda nikmati bergantung kepada jenama komputer yang anda inginkan.
Bagi yang memilih jenama Dell, anda akan mendapat sehingga 3 mata X dari program ganjaran Mad-X dengan setiap pembelian laptop XPS dan peranti 2-dalam-1 yang melayakkan anda untuk menebus sehingga tiga jenis hadiah daripada pelbagai pilihan hadiah.
Andai kata anda memilih jenama Acer, laptop pilihan anda itu akan disediakan dengan perisian antivirus McAfee Internet Security bernilai RM299. Jika laptop yang anda beli itu berharga bawah RM2,500, anda akan menerima waranti tambahan dari Acer (AEW1) bernilai RM198. Untuk komputer berharga RM2,500 dan keatas pula akan menerima waranti tambahan Acer (AEW2) bernilai Rm 298.
Komputer keluaran Microsoft, Surface 4, mendapat potongan harga sebanyak RM800 bagi model Core M dan Core i5 yang bermula 11 November sehingga 25 November. Aksesori lain seperti Tetikus Bluetooth Microsoft Designer dan Tetikus Bluetooth Mudah Alih turut mendapat potongan harga sehingga 15%.
Online Revolution juga akan bermula pada 11 November dimana ia merupakan jualan atas talian terbesar bagi tahun ini dan jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun sehingga RM500 jika membeli dari Lazada.
Layari laman Lazada untuk mencari peranti idaman anda.
Berkaitan
- Leica Perkenal Sofort-Kamera Segera
- iMac Pro Terbaru Mula Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan, Harga Dari RM20,999
- Pemilik iPhone 5 Mesti Kemaskini Peranti Untuk Terus Gunakan App Store, iCloud Dan Aplikasi Lain
- Pemain "PUBG" Di China Bertambah Ekoran Perintah Berkurung Susulan Koronavirus
- Honor 8X - Apa Yang Best?
- iPhone 8 Plus Dilaporkan Terbuka Dengan Sendiri Di Bahagian Sisi Ketika Sedang Dicas
- Kenali Saiz-Saiz Kad SIM Untuk Peranti Pintar Anda
- Pilihan Paparan 120Hz Tersembunyi Didalam Kemaskini Galaxy Note 9
- Lagi Kelemahan Dikesan Pada Windows 10
- Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.