Jika iPhone 5 tidak dikemaskini kepada versi yang dinyatakan, peranti akan bermasalah untuk mengakses perkhidmatan dalam talian termasuklah e-mel, melayari web, App Store dan iCloud. Hal ini disebabkan oleh masalah peralihan masa GPS yang mula menjejaskan produk yang didayakan GPS daripada pengeluar lain pada 6 April 2019. Kemaskini ini adalah untuk memastikan peranti mempunyai fungsi lokasi GPS yang tepat dan mampu menjalankan fungsi atau aplikasi yang bergantung kepada tarikh serta masa.
Model lain seperti iPad generasi ke-4 dikatakan akan terjejas tetapi difahamkan mungkin kehilangan fungsi GPS. Menurut Apple, sekiranya kemaskini tersebut tidak dilakukan selepas 3 November, pengguna perlu membuat back up dan restore sistem melalui PC atau Mac kerana kemaskini secara OTA dan back up di iCloud tidak lagi berfungsi.
Untuk melihat versi sistem operasi yang sedang digunakan pada iPhone 5 anda, pergi ke Settings > General > About. Lihat pada Software Version dan ia perlulah versi 10.3.4 seperti yang dinyatakan Apple.
Sumber: Apple
Berkaitan
- Dapatkan iPhone SE Dengan Harga RM 288 Menerusi Pelan FIRST Platinum Dari Celcom
- Huawei Pintas Apple Dalam Pasaran Telefon Pintar Untuk Suku Pertama Tahun Ini
- Apple Arcade Diumumkan, Platform Permainan Mudah Alih Dengan Langganan RM19.90 Sebulan
- Project Sandcastle Bolehkan iPhone Jalankan Sistem Android
- Pengeluaran iPhone 12 6.1 inci Dilaporkan Bermula Seawal Julai
- App Store, iTunes Store Dan Apple Music Akan Ubah Mata Wang Daripada USD Ke Ringgit Malaysia
- iPhone 12 Mungkin Datang Dengan Pilihan Warna Dark Blue
- Penting: Kemaskini iPhone Anda Sekarang Juga
- CEO Apple Kata Harga iPhone X Tidak Mahal
- Apple Iktiraf Kolej Tunku Kurshiah (TKC)