Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4K+Hero Windows 10

Lagi Kelemahan Dikesan Pada Windows 10

Diterbitkan Mac 3, 2020 oleh Helmi Samsuri

Dalam pada Microsoft mengajak semua pengguna beralih kepada Windows 10, pelbagai isu melanda sistem operasi tersebut.

Kini satu lagi kebimbangan dikesan pada sistem operasi popular itu adalah berkenaan file extension yang disembunyikan.

Menurut laporan daripada BleepingComputer, Microsoft menyembunyikannya secara default dan ia terdedah kepada risiko penggodaman. Contohnya fail dengan nama “wiser.txt” mempunyai extension “.txt” yang mana kandungannya dibuka melalui Windows Notepad.

Tetapi jika file extension itu disembunyikan, ia hanya akan mempaparkan “wiser”. Perkara ini dilihat memberi ruang kepada penggodam untuk menjerat pengguna yang tidak peka dengan menghantar perisian hasad yang menyerupai bentuk fail biasa, seperti PDF. BleepingComputer turut menyertakan contoh seperti dibawah.

Lagi Kelemahan Dikesan Pada Windows 10
File Extension disembunyikan
Lagi Kelemahan Dikesan Pada Windows 10
File Extension tidak disembunyikan

 

Pengguna menyangka ia hanyalah fail .txt dan bukannya format .exe yang digunakan untuk menjalankan program pada Windows.

Dalam pada itu, pengguna Windows 10 disarankan supaya mengaktifkan file extension ini. Caranya adalah dengan pergi ke Start Menu dan cari Folder Options> View> Hide extensions for known file types> Apply> OK.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY