Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemain “PUBG” Di China Bertambah Ekoran Perintah Berkurung Susulan Koronavirus

Pemain “PUBG” Di China Bertambah Ekoran Perintah Berkurung Susulan Koronavirus

Diterbitkan Januari 30, 2020 oleh Helmi Samsuri

Akibat penularan wabak Koronavirus yang sedang berlaku di China ketika ini, rakyat di China tidak mempunyai pilihan selain daripada berada di rumah. Sebahagian daripada mereka memilih untuk bermain aplikasi permainan mudah alih bagi mengisi masa senggang.

Lanjutan daripada itu, ia membuatkan permainan Game for Peace (dikenali sebagai PUBG diperingkat global) mengalami kesukaran untuk diakses. Hal ini disebabkan pertambahan trafik yang tinggi pada pelayan (server), sekaligus mengakibatkan pemain tidak boleh melog masuk permainan. Kegagalan akses berkenaan menjadi antara topik carian paling hangat di laman sosial Weibo.

Mendengar keluhan daripada pemain, syarikat pembangun iaitu Tencent segera menyelesaikan masalah tersebut. Mereka turut mengambil langkah untuk menaik taraf pelayan bagi mengendalikan jumlah trafik yang tinggi.

Sebagai tanda minta maaf, Tencent telah menawarkan ganjaran dalam permainan termasuklah “crazy rabbit pajamas”. Jumlah trafik tinggi ini mungkin berlanjutan selagimana perintah berkurung yang dikenakan keatas beberapa bandar diteruskan.

Sumber: Abascus News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY