Leica Perkenal Sofort-Kamera Segera







Terbaharu, Leica
melancarkan kamera segera yang dilihat bakal menyaingi pengeluar kamera segera
yang lain. Kamera segera tersebut menggunakan format Fuji Instax dan syarikat
itu bercadang untuk mengeluarkan filem jenama mereka sendiri yang didatangkan
dengan dua versi, hitam dan putih atau filem berwarna yang biasa.










Kamera segera
ini dilengkapi dengan optical viewfinder dan sentuhan moden yang sesuai dengan
gaya hidup di zaman ini. Ia juga mempunyai beberapa mod pemandangan seperti
“party”, “selfie” dan “macro”. Pek filem hitam dan putih akan dijual dalam
lingkungan RM70 manakala pek filem warna pula dijual dengan harga RM57 untuk 10
keping gambar. Anda juga boleh menggunakan pek filem dari Fuji Instax. Leica
Sofort ini dianggarkan dijual pada harga RM1300.





Agak mahal jika dibandingkan
dengan kamera segera jenama lain dipasaran. Tetapi ramai pasti tahu tentang
kualiti lensa dari Leica ini dan mungkin tidak kisah dengan harga yang tinggi
itu.




Sumber: engadget

Berkaitan