Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.

Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.

Diterbitkan September 8, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.
Berita baik buat pengguna peranti Apple
kerana anda bakal menikmati kemaskini terbaharu syarikat itu. Buat masa ini,
iOS10 merupakan kemaskini terbesar yang bakal dikeluarkan Apple dan ia turut
melibatkan pembantu digital, Siri.
Dalam kemaskini tersebut, sistem Siri akan
dipertingkatkan dari segi pencarian imej, menyalin mel suara dan juga mampu
menulis pesanan ringkas untuk anda. Dengan iOS 10, anda boleh mengarahkan Siri
untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan menerusi Whatsapp ataupun menempah
servis Uber dengan hanya menggunakan suara.
Selain itu, Apple juga bekerja keras dengan
memperkenalkan Universal Clipboard
dalam kemaskininya itu. Copy dan paste akan menjadi mudah dimana sebarang
imej atau teks yang anda copy di
iPhone boleh di-paste pada Mac secara
serta merta. Kerja-kerja pemindahan kandungan telefon mudah alih ke dalam
komputer dapat dilakukan dengan pantas.
Apple turut mereka semula Apple Maps dengan
memberi cadangan lokasi restoran yang berhampiran, informasi tentang lalu
lintas termasuk berupaya mencari lokasi kereta anda di parkir. Beberapa ciri
lain yang diberi nafas baru oleh Apple adalah; Apple Music, Widget, aplikasi
pasang siap seperti Phone, Home, News dan Messages.
Senarai peranti yang akan menerimas
kemaskini iOS 10;
  • iPhone 5 dan keatas
  • iPod Touch generasi ke 6
  • iPad Mini 2 dan keatas
  • iPad generasi ke 4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY