Kemaskini sistem OneUI 2.0 bagi Galaxy Note 9 kini sedang berada dalam fasa beta dan ia bakal menaik taraf peranti kepada Android 10.
Informasi awal mengenainya, tetapan untuk menukar antara kadar penyegaran 60Hz dan 120Hz telah dikesan tersembunyi didalam kemaskini tersebut.
Someone found 120Hz in Note9’s One UI 2 Beta! (hidden settings) pic.twitter.com/ii1fNic1YE
— Ice universe (@UniverseIce) November 20, 2019
Namun begitu, ia bukanlah berita menggembirakan bagi pemilik Galaxy Note 9 kerana dari segi perkakasan peranti terbabit, ia tidak menyokong kadar penyegaran 120Hz dan disebabkan itulah ia disembunyikan.
Difahamkan lagi, OneUI 2.0 versi Beta mempunyai tiga pilihan kadar penyegaran; pertama akan tetap dengan paparan 60Hz, kedua akan tetap dengan paparan 120Hz dan terakhir sekali dengan keupayaan mengubah tetapan kadar penyegaran secara automatik mengikut kesesuaian penggunaan.
Bagi Galaxy Note 9, ia hanya akan menyokong 60Hz sahaja. Tetapan 120Hz ini dikesan terkandung pada OneUI 2.0 untuk Galaxy Note 9 bukanlah kesilapan dan disebabkan itu, ia tersembunyi serta tidak boleh diakses pengguna biasa.
Namun, begitu terdapat pengguna yang pergi lebih jauh kedalam sistem sehingga mampu mengesan tetapan kadar penyegaran tersebut. Ini mungkin sebagai persediaan Samsung dalam penawaran akan datang iaitu Galaxy S11 yang diramal akan tampil dengan skrin paparan 120Hz.
Sumber: SlashGear