Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 8 Plus Dilaporkan Terbuka Dengan Sendiri Di Bahagian Sisi Ketika Sedang Dicas

iPhone 8 Plus Dilaporkan Terbuka Dengan Sendiri Di Bahagian Sisi Ketika Sedang Dicas

Diterbitkan Oktober 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Apple dikatakan sedang melakukan siasatan terhadap iPhone 8 Plus yang dikatakan terbuka dengan sendiri di bahagian sisi dipercayai berpunca dari masalah bateri menggelembung. Dua kejadian hampir serupa telah berlaku di dua lokasi berlainan, satu di Taiwan dan satu lagi kes berlaku di Jepun.

Dalam kejadian di Taiwan, pengguna terbabit menyatakan telefon milik beliau terbuka dengan sendirinya di bahagian sisi ketika sedang dicas menggunakan pengecas dari Apple. Telefon pintar itu sudahpun dikembalikan kepada Apple untuk siasatan lanjut.

Perkara yang hampir sama turut terjadi kepada seorang pengguna di Jepun dan beliau memuat naik foto telefon itu ke akaun Twitter.

https://twitter.com/Magokoro0511/status/912294857443500032/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.mirror.co.uk%2Ftech%2Fiphone-8-plus-could-serious-11273467

Masih belum dapat dipastikan lagi punca sebenar permasalah ini berlaku, dan ada yang berpendapat bateri menggelembung itu adalah disebabkan dari gas didalamnya.

Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan hasil siasatan dari Apple.

Sumber: Mirror

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
©2026 WISER.MY