Microsoft Bakal Mengetengahkan Telefon Boleh Dilipat?

Microsoft diberitakan akan membawakan tekonologi baru untuk pembinaan telefon mereka. Seperti yang kita tahu telefon Lumia yang dibawakan Microsoft tidak mendapat tempat dihati pengguna kerana sistem operasinya yang serba tidak kena dengan penggunaan telefon.

Menurut gambar paten yang tertiris di internet, Microsoft bakal mengetengahkan rekaan boleh dilipat dengan mengintegerasikan bersama ciri yang dibawakan model Surface. Menurut MSPU (Microsoft Power USer), Microsoft mahu membina sejenis peranti yang boleh dilipat bersama dua paparan antara-muka.





Sebenarnya teknologi yang mahu diketengahkan oleh Microsoft ini telah dipamerkan oleh model Surface mereka. Yang paling terbaru adalah Surface Studio, dimana pengguna boleh menggunakan satu paparan untuk antara-muka utama dan satu lagi digunakan sebagai 'drawing board' tanpa perlu menggunakan eksesori tambahan.

Yang menariknya paten di atas dihasilkan oleh salah seorang pereka Surface iaitu Kabir Siddiqui yang mula debut pada tahun 2012 dengan Surface RT. Tetapi setakat ini masih tiada pengunguman rasmi dari pihak Microsoft sendiri. Khabar angin mengatakan peranti ini akan diperkenalkan pada pertengahan tahun 2018.

Sumber