Mi Smart Band 6 Kini Di Malaysia, Berharga RM189

Baru sahaja dilancarkan minggu yang lalu, nampaknya penjejak kesihatan yang diminati ramai, Xiaomi Mi Smart Band 6 kini secara rasmi mendarat di Malaysia.

Perkara yang paling menarik pada Mi Smart Band 6 kali ini, ia dilengkapi skrin lebih besar berbanding terdahulu dengan panel AMOLED 1.56 inci.

Antara fungsi lain, turut hadir 30 mod kesihatan, sensor SpO2, penjejakan waktu tidur, penjejakan tekanan dan pemantauan kesihatan khusus untuk wanita.

Bateri pula dimuatkan sebesar 125mAh dengan pengecasan magnetik yang boleh dicas kurang dari 2 jam. Ia juga mampu bertahan sehingga 14 hari jika dalam mod standby.



Untuk sambungan, pengguna boleh memadankannya dengan aplikasi Mi Wear atau Mi Fit serta turut boleh digunakan bersama iOS 10 dan ke atas.

Mi Smart Band 6 dijual dengan harga RM189 akan tetapi pra-tempahan secara ekslusif di Lazada dibuka bermula 15 April ini dan boleh dimiliki dengan hanya RM169.