Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Sehingga 11 November 2022 Di 4 Buah Negeri Ini

Diterbitkan November 6, 2022 oleh ariff bukhari

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) telah pun mengeluarkan notis Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) hari ini.

Notis amaran itu berkuat kuasa bermula 8 November 2022 (Selasa) sehingga 11 November 2022 (Khamis) dengan melibatkan kawasan-kawasan di 4 buah negeri berikut:

  1. Kelantan
  2. Terengganu
  3. Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin)
  4. Johor (Mersing)

METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Sehingga 11 November 2022 Di 4 Buah Negeri Ini

METMalaysia menjelaskan, penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Sebelum ini METMalaysia telah memaklumkan, Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan rang ramai bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui medium rasmi.

Sumber: met.gov.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Malaysia Akan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 8 November Ini - MYSA
  • Pelanggan Netflix Beriklan Tidak Boleh Akses Kandungan Di 10 Peranti Ini
  • Kemas Kini Twitter Di App Store Paparkan Harga Langganan Baharu Twitter Blue

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY