Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana-bulan penuh 5

Malaysia Akan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 8 November Ini – MYSA

Diterbitkan November 4, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia hari ini memaklumkan akan berlakunya Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 8 November 2022 (Selasa).

Fenomena itu akan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km.

Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah.

Rakyat Masyarakat akan berpeluang menyaksikan fenomena tersebut mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu tempatan.
Gerhana Bulan Penuh
Fenomena itu akan dapat disaksikan oleh penduduk di Sabah dan Sarawak apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh.
Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.
Oleh itu, pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.
Gerhana Bulan Penuh 2
Gerhana Bulan Penuh merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.
Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.
Gerhana Bulan Penuh 3
Fenomena ini terjadi tidak lama selepas berlakunya fenomena Gerhana Matahari Separa pada 25 Oktober 2022 lalu.
Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Esok Akan Berlaku Fenomena Gerhana Matahari Separa - MYSA
  • 5G: Pengguna Mix & Match Celcom Kena Bayar Ekstra RM10 Mulai 1 Januari
  • Aplikasi Wi-Fi Google Terima Kemas Kini Terbaru, Lebih Info Wi-Fi Untuk Pengguna

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY