Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kemas Kini Twitter Di App Store Paparkan Harga Langganan Baharu Twitter Blue

Posted on November 6, 2022

Twitter untuk iOS hari ini telah dikemas kini dengan harga baharu bagi langganan Twitter Blue, yang membolehkan pengguna membayar $7.99 (~RM37.92) sebulan untuk tanda biru (Verified) pada platform itu.

{suggest}

Melalui kemas kini di App Store, pengguna Twitter untuk iOS di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand boleh melanggan Twitter Blue dan secara automatik disahkan dengan tanda biru apabila pelan ini tersedia kelak.

Menurut Pengurus Produk Twitter Esther Crawford, walaupun terdapat kemas kini aplikasi, pelan baharu Twitter Blue belum lagi tersedia dan Twitter sedang melakukan ujian secara ‘real live’ atau masa nyata. Sebilangan pengguna mungkin melihat perubahan dalam aplikasi mereka selepas kemas kini, semasa Twitter menguji pelan baharu itu.

The new Blue isn’t live yet — the sprint to our launch continues but some folks may see us making updates because we are testing and pushing changes in real-time. The Twitter team is legendary. 🫡 New Blue… coming soon! https://t.co/ewTSTjx3t7

— Esther Crawford ✨ (@esthercrawford) November 5, 2022

Sementara itu, antara lainnya yang akan ditawarkan dalam pelan langganan baharu Twitter Blue termasuk iklan yang dikurangkan kepada separuh dan menjadikannya dua kali lebih relevan serta mempunyai keupayaan untuk menyiarkan video lebih panjang.

Selain itu, pelanggan Twitter Blue kelak akan ditawarkan dengan ranking keutamaan untuk kandungan berkualiti, yang bermakna kandungan pengguna mempunyai ranking keutamaan dalam balasan, sebutan dan carian. Ini membantu untuk mengurangkan penipuan, spam dan bot.

Di sisi yang lainnya, Elon Musk menyatakan tidak lama lagi Twitter juga akan menambah keupayaan untuk melampirkan teks yang lebih panjang pada tweet. 

Twitter will soon add ability to attach long-form text to tweets, ending absurdity of notepad screenshots

— Elon Musk (@elonmusk) November 5, 2022

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress