Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Boleh Merakam Audio Dan Mencuri Data

Diterbitkan Oktober 6, 2022 · Dikemas kini Oktober 6, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Zimperium melaporkan penemuan perisian hasad baharu yang disebarkan menerusi aplikasi palsu.

Perisian hasad yang dikenali sebagai ‘RatMilad‘ itu didapati berupaya mencuri data dan merakam audio perbualan ketika panggilan dibuat atau diterima mangsanya.

Malah penyerang juga boleh mengakses kamera untuk mengambil gambar, merakam video dan audio, mendapatkan lokasi GPS yang tepat, melihat gambar dari peranti dan banyak lagi.

Zimperium menyatakan, perisian hasad itu secara khusus digunakan bagi tujuan pengitipan siber.

Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Boleh Merakam Audio Dan Mencuri Data

RatMilad dikesan disebarkan menerusi aplikasi palsu Android menggunakan nama NumRent iaitu aplikasi yang dikemas kini daripada aplikasi palsu TextMe yang pernah digunakan sebelum ini.

Malah pembangun perisian hasad ini juga menyediakan laman sesawang palsu berkenaan apliaksi tersebut bagi menipu mangsanya.

Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Boleh Merakam Audio Dan Mencuri Data

Penyelidik menjelaskan, selepas pemasangan, aplikasi itu akan meminta kebenaran untuk mengakses pelbagai tetapan peranti sambil pada masa yang sama memasang kod berniat jahat ke dalam peranti Android mangsa dengan sendirinya.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Penyelidik berkata, setakat ini perisian hasad itu tidak ditemui di mana-mana platform aplikasi Android. Sebaliknya bukti menunjukkan penyerang menggunakan Telegram untuk menyebarkannya.

Oleh itu penyelidik zLabs menasihatkan pengguna Android untuk tidak memasang aplikasi ke dalam peranti Android mereka selain daripada stor rasmi Google dan platform lain yang dipercayai sahaja.

Sumber: Zimperium Mobile Security Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY