Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
afp

Meta dan Google Didakwa Langgar Undang-Undang Media Sosial Baharu Indonesia

Diterbitkan Mac 31, 2026 oleh ariff bukhari

Kerajaan Indonesia telah memanggil Google dan Meta kerana didakwa gagal mematuhi larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun yang mula berkuat kuasa hujung minggu lalu. Menteri Komunikasi, Meutya Hafid, berkata notis rasmi telah dihantar kepada kedua-dua syarikat tersebut.

Menurut beliau, Meta—yang memiliki Facebook, Instagram dan Threads—serta Google, syarikat induk YouTube, didapati melanggar undang-undang Indonesia berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Kenyataan itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram pada lewat Isnin.

Indonesia adalah antara negara terawal mengambil tindakan ketika kebimbangan meningkat mengenai kesan aplikasi sedemikian terhadap kesejahteraan mental dan fizikal kanak-kanak.

Platform seperti YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, Threads, X, Bigo Live dan Roblox — yang dianggap sebagai platform “berisiko tinggi” oleh pihak berkuasa negara Asia Tenggara itu sudah mula menyahaktifkan akaun remaja bawah umur 16 tahun bermula Sabtu.

Larangan tersebut bertujuan mengehadkan akses golongan bawah umur kepada platform media sosial bagi melindungi mereka daripada risiko seperti ketagihan digital, kandungan tidak sesuai dan ancaman keselamatan siber. – AFP.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Larangan Media Sosial Bawah 16 Tahun Di Indonesia Mula Berkuat Kuasa
  • iPhone Kini Sokong Google Live Translate Untuk Semua Fon Kepala

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY