Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2024-05-14 at 10.56.54 AM

Mekanik Toyota Ini Beri Amaran Tabiat Biarkan Pengecas Telefon Dipalam Ke Kenderaan

Diterbitkan Mei 14, 2024 · Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh ariff bukhari

Seorang mekanik Toyota telah memberikan nasihat khidmat masyarakat menerusi akaun TikToknya dengan menyatakan,’Jangan biarkan pengecas telefon anda disambungkan ke kereta anda. Dan ketahui apa itu mod aksesori.’

Di akaun TikToknya, Kris Buchowicz (@krisbuchowicz) biasanya menyiarkan kandungan tentang tugasnya sebagai mekanik Toyota yang mempunyai lebih 191,000 pengikut.

Untuk kali ini, dia berkongsikan pula isu yang dihadapi oleh salah seorang pelanggannya dengan kereta Toyota RAV4 2020.

“RAV4 2020, kereta ini mempunyai kira-kira 30,000 batu, pelanggan mengadu apabila mereka mematikan kenderaan, radio mereka but semula dan terus hidup,” katanya sambil mematikan kereta.

Papan pemuka malap dan dimatikan. Walau bagaimanapun, didapati radio mula but semula dan dihidupkan.

Jadi dia mengeluarkan kunci kereta dan berkata, “Setelah siasatan lanjut, mendapati kenderaan itu tidak mengunci atau membuka kunci,” dia mendemonstrasikan dengan mengklik butang kunci dan buka kunci pada kunci. “Ini bermakna kenderaan itu berada dalam mod aksesori.” jelas beliau.

Mod aksesori adalah tetapan yang membolehkan anda mematikan kereta dan masih menggunakan beberapa ciri melalui bateri seperti menggunakan radio, tingkap, pengelap cermin depan dan banyak lagi semasa kereta dimatikan.

Kebanyakkan kereta moden kini memiliki mod ini yang bertujuan menjimatkan penggunaan bahan api tapi ia boleh menghabiskan bateri.

Jadi dalam kes ini, pelanggan mekanik Toyota ini nampaknya menghidupkan mod aksesori  tanpa menyedari bahawa mereka telah mengaktifkannya.

Apabila mod aksesori diaktifkan, sistem elektrik kenderaan akan kekal berkuasa sehingga anda mematikan suis pencucuh sepenuhnya.

Mekanik itu juga menyedari bahawa pelanggannya mempunyai penyesuai USB untuk mengecas telefon mereka yang telah dipalamkan dalam kenderaan.

“Apabila anda mengeluarkannya, kenderaan akan mati,” katanya sambil mencabut plugnya dan keseluruhan kereta termasuklah sistem radio kereta terus ditutup.

Buchowicz menerangkan sebab pengecas menyebabkan masalah yang dihadapi pelanggannya, “Apabila anda membiarkannya dipalamkan, ia sebenarnya membekalkan voltan kepada kereta dan menyimpannya dalam mod aksesori.” Akibatnya, radio but semula.

Jadi, pastikan aksesori seperti pengecas telefon pintar yang disambungkan pada kereta anda dicabut semasa kereta anda dimatikan.

@krisbuchowicz

Do we charge them a diagnostic fee for this? #carmechanic #mechanic #rav4 #toyota #carcharger #diagnostic #electrical #radio #cartiktok

♬ original sound – Kris Buchowicz

Isu ini mungkin hanya terkesan pada model kereta Toyota sahaja. Tapi anda boleh menyemak dengan pusat servis kereta anda bagi mendapatkan nasihat tentang aksesori pengecas dibiarkan dipalam pada kereta.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Dailydot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY