Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Nvidia

MediaTek Umum Kerjasama Untuk Bangunkan Cip Dengan GPU Nvidia

Diterbitkan Mei 30, 2023 · Dikemas kini Mei 30, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, laporan mengatakan MediaTek akan mengintegrasi GPU Nvidia ke dalam cip andalan akan datang. Bukan untuk peranti mudah alih, MediaTek kini mengumumkan kerjasama dengan Nvidia dalam teknologi untuk menghasilkan sistem infotainment bagi sektor automotif.

Berkaitan

  • Pelanggan Yes 5G Dah Boleh Cuba 'Cloud Gaming' NVIDIA
  • MediaTek Lancar Dimensity 9200+, Kelajuan CPU Dipertingkat

Melalui kerjasama ini, MediaTek akan membangunkan cip automotif yang diintegrasi dengan unit pemprosesan grafik (GPU) Nvidia. Seterusnya, ia akan dibekalkan kepada pembuat paparan hiburan untuk kenderaan.

MediaTek Umum Kerjasama Untuk Bangunkan Cip Dengan GPU Nvidia

Selain itu, MediaTek akan menjalankan teknologi perisian NVIDIA DRIVE OS, DRIVE IX, CUDA dan TensorRT pada cip berkenaan. Ia bertujuan untuk membolehkan sistem paparan hiburan ini mempunyai kemudahan seperti grafik canggih, AI dan ciri keselamatan.

MediaTek tidak berkongsi nama model cip atau spesifikasinya, namun dinyatakan bahawa ia akan menjadi sebahagian daripada MediaTek Dimensity Auto.

Sumber: MediaTek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY