Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek_Nvidia GPU

MediaTek Dilapor Akan Guna GPU Nvidia Untuk Cip Andalan

Diterbitkan Mei 17, 2023 ยท Dikemas kini Mei 17, 2023 oleh Amalina Athman

MediaTek dijangka akan mengintegrasi GPU Nvidia ke dalam cip andalan generasi akan datang, khusus untuk peranti mudah alih. Dalam laporan DigiTimes, cip baharu itu mungkin hadir seawal 2024.

Berkaitan

  • MediaTek Lancar Dimensity 9200+, Kelajuan CPU Dipertingkat

Dengan mengintegrasikan GPU Nvidia ke dalam cip telefon pintar MediaTek pastinya akan menjadi langkah besar untuk syarikat itu. Ketika ini, MediaTek masih bergantung pada reka bentuk GPU Arm.

Selain menggunakan GPU Nvidia untuk meningkatkan AI dan fungsi permainan dalam cip andalan tersebut, MediaTek dan Nvidia juga akan bekerjasama dalam membangunkan produk platform WOA (Windows on Arm) untuk komputer riba.

Sementara itu, sumber menambah bahawa pembangunan produk platform WOA, dikuasakan oleh teknologi GPU Nvidia dan AI, akan membantu kedua-dua syarikat itu menembusi pasaran komputer riba.

Seterusnya, ia akan meningkatkan kehadiran MediaTek dalam segmen komputer riba kelas pertengahan hingga mewah. Pada masa ini, MediaTek mempunyai sekitar 20% pegangan dalam pasaran Chromebook.

Sumber: DigiTimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY