Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inisiatif JENDELA Terima Pengiktirafan Antarabangsa – MCMC

Inisiatif JENDELA Terima Pengiktirafan Antarabangsa – MCMC

Diterbitkan Mac 3, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mengumumkan bahawa inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah terpilih sebagai antara 5 Project Champion dengan undian tertinggi di bawah Kategori C2 – Information and communication infrastructure: an essential foundation for an inclusive information society, oleh World Summit on the Information Society (WSIS) – WSIS Prizes 2023 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) baru-baru ini.

Berkaitan

  • Belanjawan 2023: JENDELA Akan Dipercepat, DNB Akan Diurus Dengan Lebih Telus
  • JENDELA Fasa 2 Sasar 100% Kawasan Berpenduduk Nikmati Internet Dan Capai Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Selaju 100Mbps - MCMC

Seperti diketahui, JENDELA yang merangkumi dua fasa telah dibangunkan untuk meningkatkan liputan dan penyediaan perkhidmatan internet yang berkualiti secara berterusan.

Menjelang 2025, JENDELA dijangka akan memperluas akses Gigabit bagi jalur lebar talian tetap kepada 9 juta premis, memberikan liputan internet kepada 100% kawasan berpenduduk serta mencapai purata kelajuan jalur lebar mudah alih pada 100Mbps.

Dimaklumkan, pemilihan JENDELA sebagai Project Champion ini adalah sempena penantian bagi keputusan akhir pemenang yang akan diumumkan pada Majlis Anugerah WSIS 2023 sempena WSIS Forum 2023 di ITU UN, Geneva, Switzerland pada 14 Mac 2023.

Pengiktirafan tersebut secara tidak langsung membuktikan komitmen kerajaan dan MCMC dalam memperkukuh ekosistem digital di negara ini.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY