Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC syarikat kurier

Insiden Pekerja Syarikat Kurier Baling Bungkusan Pelanggan, MCMC Beri Amaran Keras

Diterbitkan Februari 9, 2021 ยท Dikemas kini Februari 9, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier yang membaling bungkusan pelanggan.

Kini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan syarikat kurier berkenaan untuk memberi penjelasan. Dalam masa yang sama, MCMC turut memberi amaran keras kepada pengurusan syarikat kurier terbabit supaya mengambil langkah perlu bagi memperbaiki tatacara pengendalian bungkusan pelanggan mereka.

Sementara itu, semua syarikat kurier yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, terutamanya dalam melindungi hak pengguna bagi memastikan tindakan penguatkuasaan tidak diambil ke atas syarikat mereka.

Sekiranya ingkar, mereka boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM300,000 atau tempoh penjara tidak melebihi tiga tahun.

Dalam pada itu, MCMC turut meminta pengguna memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran.

Sebarang aduan atau tuntutan boleh dibuat kepada penyedia perkhidmatan jika berlaku kerosakan atau kehilangan barangan semasa tempoh penghantaran. Jika masih tidak berpuas hati, permohonan rayuan boleh dikemukakan kepada pihak MCMC berserta maklumat lengkap supaya siasatan dan tindakan susulan boleh diambil.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY