Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bajet 2023: Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 20%, Bermula November Ini

Bajet 2023: Kerajaan Akan Sedia 100% Liputan Internet Di Kawasan Berpenduduk

Diterbitkan Oktober 7, 2022 · Dikemas kini Oktober 7, 2022 oleh Amalina Athman

Pada Bajet 2023, Menteri Kewangan Tengku Zafrul juga telah mengumumkan perkembangan terkini jaringan digital yang meliputi projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2.

Berkaitan

  • Bajet 2023: Kerajaan Akan Tanggung Lesen e-Hailing, Ujian Memandu Motosikal B2
  • Bajet 2023: Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 20%, Bermula November Ini
  • Bajet 2023: RM300 Juta Bagi e-Sukan, Pengecualian Duti Import & Cukai Jualan Untuk Peralatan Studio
  • Bajet 2023: DNB Akan Perluas Rangkaian 5G Di Seluruh Negara

Di bawah projek JENDELA Fasa 2, kerajaan akan menyediakan 100% liputan internet di kawasan berpenduduk dan menyediakan liputan gentian optik kepada 9 juta premis di seluruh negara menjelang 2025.

Bajet 2023: Kerajaan Akan Sedia 100% Liputan Internet Di Kawasan Berpenduduk

Dimaklumkan, inisiatif tersebut melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM8 bilion termasuk sumbangan pihak industri. Bagi tahun 2023, inisiatif JENDELA akan diperuntukkan RM700 juta untuk melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.

Sebagai tambahan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan merintis pelaksanaan Projek Internet Luar Bandar dengan mengoptimumkan jaringan kabel elektrik untuk menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi. Projek ini dijangka akan memanfaatkan lebih 60 ribu penduduk luar bandar dan disokong melalui geran sepadan sebanyak RM25 juta.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY