Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sidang Media_131224

MCMC Peruntuk RM13.7 Juta Bagi Perolehan Titik Akses WiFi Di Tiga IPTA – Fahmi

Diterbitkan Disember 13, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperuntukkan RM13.7 juta bagi perolehan lebih 2,000 titik akses rangkaian WiFi di tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata titik akses WiFi itu akan dipasang di ketiga-tiga IPT bermula Januari depan.

Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri tentang usaha pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi melengkapkan semua universiti awam dengan perkhidmatan Internet. Bagi MCMC, perbincangan dengan semua universiti ini telah bermula pada 5 Dis lepas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dengan Naib Canselor.

Pada 25 September lepas, beliau berkata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan MCMC dan KPT agar segera menyelesaikan isu capaian Internet di IPTA kerana kebanyakan kampus akan menerima kemasukan pelajar dalam tempoh terdekat.

Susulan arahan itu, pada 6 Oktober lepas, Zambry berkata KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi dan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkaitan.

Berkaitan

  • Belanjawan 2025: RM120 Juta Peruntukan Untuk Tambah Baik Capaian Internet Di IPTA
  • MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • MCMC Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat Dan Rangkaian Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY