Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Starlink

MCMC Perjelas Isu Starlink, Kemungkinan Gangguan Perkhidmatan Telekomunikasi Sedia Ada

Diterbitkan September 11, 2023 · Dikemas kini September 11, 2023 oleh Amalina Athman

Berhubung laporan sebuah portal teknologi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tampil menjelaskan mengenai isu berkaitan kemungkinan gangguan perkhidmatan telekomunikasi sedia ada dan kajian kewujudan bersama melibatkan Starlink.

Menurut MCMC, tiada aduan yang diterima mengenai gangguan yang dilaporkan, setakat ini. Sekiranya berlaku sebarang gangguan, ia akan diatasi melalui penyelesaian gangguan sedia ada mengikut kerangka kebangsaan dan antarabangsa.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Jom Semak Kelajuan Internet Starlink Di Kawasan Anda, Ini Caranya
  • Tesla Shop Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Pelbagai Aksesori, Penghantaran Percuma

Mengulas lanjut, MCMC berkata perkhidmatan satelit adalah secara asasnya global, dan Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) menyediakan kerangka global untuk menyelaraskan dan mengawal perkhidmatan tersebut.

Peraturan ITU menggariskan kriteria perlindungan termasuk kewajipan untuk mencegah gangguan berbahaya kepada perkhidmatan sedia ada serta prosedur untuk menyelesaikan pertikaian gangguan, jika ada.

Dalam erti kata lain, operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa.

Pihak Starlink juga telah diberi status Malaysia Digital, yang membenarkannya beroperasi di Malaysia dengan status pemilikan semasa. Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian dan manfaat yang akan diberikan oleh Starlink.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY