Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Shop

Tesla Shop Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Pelbagai Aksesori, Penghantaran Percuma

Diterbitkan September 11, 2023 oleh Amalina Athman

Hujung minggu lalu, Tesla secara diam-diam telah melancarkan kedai aksesori dalam talian, untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Tesla Bagi Pengecas Percuma Untuk Tempahan Sehingga Oktober 2023
  • Tesla Model 3 Kini Dijual Di Malaysia Serendah RM189,000

Melalui Tesla Shop, ia menawarkan pelbagai produk termasuk aksesori kenderaan, barangan Tesla, dan alat ganti terpilih bagi Model Y.

Tesla Shop_2

Antara barangan yang tersedia termasuk Cyberwhistle, Desktop Supercharger, On the Road Tumbler, Tesla Decanter dan lain-lain.

Tesla CyberWhistle
Tesla Desktop Supercharger

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai jenis pakaian berjenama Tesla untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak pada harga sekitar RM100 hingga RM170.

Menariknya, Tesla turut menyediakan penghantaran percuma bagi setiap pembelian produk di Tesla Shop, tanpa had minimum. Tidak diketahui jika hanya terhad untuk tempoh tertentu atau sebaliknya.

Tesla Shop Free Shipping

Untuk mengetahui selanjutnya mengenai semua produk yang tersedia, layari platform rasmi Tesla Shop Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY