Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

MCMC Kenakan Kompaun RM250,000, Lesen Era FM Tidak Digantung

Diterbitkan Mac 11, 2025 ยท Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun sebanyak RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM pada minggu lalu.

Kompaun tersebut dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), dengan kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara.

Walau bagaimanapun, MCMC memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast selepas meneliti hujah-hujah rayuan yang dikemukakan.

Keputusan itu turut mengambil kira tindakan susulan yang dilaksanakan oleh pengendali stesen radio Era FM, permohonan maaf daripada pihak terbabit, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang turut beroperasi di bawah lesen yang sama.

Dalam pada itu, MCMC mengingatkan semua pengendali dan pengguna platform untuk sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Malaysia, serta mematuhi undang-undang negara.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • MCMC Turunkan 8,756 Kandungan Berkaitan Buli Siber Tahun Lepas - Teo
  • Isu Akaun Media Tempatan Disekat, Ini Penjelasan TikTok
  • Impak Penetapan Had Umur Guna Media Sosial Perlu Analisis Lebih Teliti - Fahmi

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY