Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Tangani Isu Buli Siber – Fahmi

MCMC Turunkan 8,756 Kandungan Berkaitan Buli Siber Tahun Lepas – Teo

Diterbitkan Januari 14, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata angka berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu dengan sebanyak 1,763 kandungan diturunkan.

Kita semua perlu lebih berhati-hati dan bijak dalam menggunakan platform digital, serta sentiasa menjaga etika dalam berkomunikasi…. Buli siber boleh memberi kesan yang sangat negatif kepada mangsa dan kita semua berperanan untuk mencipta persekitaran digital yang lebih selamat, positif dan harmoni.

Dalam perkembangan lain, Teo berkata beliau telah meminta MCMC terus bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk mengenal pasti lokasi baharu penempatan Orang Asli dan kampung tradisional yang masih menghadapi masalah capaian telekomunikasi untuk disenaraikan dalam perancangan projek pada masa akan datang.

Beliau berkata pihaknya akan terus memastikan setiap rakyat Malaysia menikmati akses kepada perkhidmatan telekomunikasi dan Internet yang baik sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • TikTok Jamin Kerjasama Dengan MCMC, BNM Untuk Tangani Buli Siber Dan Ancaman Scam - PM
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Telegram Penyedia Ketiga Terima Lesen Media Sosial - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY