Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Salah Satu ‘Challenge’ Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad

Isu Akaun Media Tempatan Disekat, Ini Penjelasan TikTok

Diterbitkan Februari 27, 2025 · Dikemas kini Februari 27, 2025 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, TikTok dilapor telah mengalih keluar sebanyak 23 akaun, termasuk 18 akaun milik organisasi media tempatan.

Dalam satu kenyataan rasmi, TikTok tampil menjelaskan bahawa tindakan itu diambil selepas akaun-akaun berkenaan didapati berkongsi imej berkaitan dakwaan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak di Batang Kali, dan kes tersebut kini sedang disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

TikTok menegaskan bagi melindungi mangsa eksploitasi seksual kanak-kanak, pihaknya tidak membenarkan sebarang rakaman, klip atau imej yang menunjukkan penderaan atau eksploitasi terhadap mereka.

Bekerjasama dengan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), kami terus berhubung dengan rakan penerbit dan pencipta kandungan di Malaysia untuk mendidik mereka mengenai peraturan serta amalan terbaik TikTok, selain membincangkan cara-cara untuk bersama mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.

Prinsip & Garis Panduan UNICEF

Sebagai rujukan, Tabung Kanak-Kanak PBB atau dikenali sebagai UNICEF menetapkan bahawa laporan media mengenai kanak-kanak dan remaja tidak boleh membahayakan mereka.

Bagi memastikan pelaporan yang beretika dan bertanggungjawab, UNICEF telah merangka beberapa prinsip dan garis panduan khusus dalam pelaporan mengenai kanak-kanak.

Antara prinsip tersebut termasuk mesti menghormati maruah, hak, privasi dan keselamatan mereka dalam apa jua keadaan. Kepentingan terbaik kanak-kanak perlu diutamakan, dengan mempertimbangkan pandangan mereka mengikut usia dan kematangan.

Wartawan juga harus berunding dengan pihak berkaitan sebelum menerbitkan laporan dan mengelak daripada menyiarkan kandungan yang boleh membahayakan mereka, walaupun identiti disembunyikan atau diubah dan sebagainya.

Bagi garis panduan, laporan media tidak boleh menambahkan stigma atau membahayakan kanak-kanak. Identiti mereka mesti dilindungi, terutama bagi mangsa penderaan, pesalah, penghidap HIV/AIDS, atau yang didakwa jenayah.

Dalam kes berisiko, seperti pencari suaka (asylum) atau pelarian, identiti juga perlu dikaburkan. Namun, jika demi kepentingan terbaik, seperti aktivisme atau perkembangan psikososial, pendedahan boleh dipertimbangkan dengan perlindungan sewajarnya. Ketepatan maklumat mesti disahkan, dan jika terdapat risiko, laporan harus memberi tumpuan kepada situasi umum, bukan individu tertentu.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • TikTok Kembali Di Google Play Store, App Store AS Selepas Jaminan Trump
  • TikTok Dilapor Rombak Unit Amanah & Keselamatan, Berhentikan Kakitangan
  • 18 Akaun Media Tempatan Disekat, MCMC Berhubung Dengan TikTok - Fahmi

Sumber: TikTok

Rujukan: UNICEF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY