Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aduan capaian internet

MCMC Keluar 112 Kompaun Bernilai Lebih RM4 Juta Sepanjang Tahun 2022

Diterbitkan Disember 13, 2022 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 112 kompaun bernilai RM4.696 juta sepanjang tahun 2022, yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (“AKM”) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta tersebut.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • MCMC Jenamakan Semula Program 'Mobile e-Waste' Kepada 'KITAR'
  • MCMC Membuat Lawatan Ke Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan

Daripada jumlah tersebut, 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen dan 6 kompaun terhadap pihak bukan pemegang lesen dengan masing-masing bernilai RM4.616 juta dan RM80,000.

kompaun MCMC

Kompaun dikeluarkan kepada pemegang lesen meliputi  53 kompaun bagi kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002 sebanyak 27 kompaun, kegagalan mematuhi standard mandatori (17 kompaun).

Selain itu, kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen (5 kompaun), kegagalan mematuhi Panduan Pendaftaran Pengguna Akhir untuk Perkhidmatan Selular Awam Prabayar (2 kompaun) dan menawarkan perkhidmatan tanpa lesen (2 kompaun).

Sementara itu, kompaun bagi bukan pemegang lesen adalah melibatkan kesalahan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui (5 kompaun) dan kesalahan menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian (1 kompaun).

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
©2026 WISER.MY