Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Membuat Lawatan Ke Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan

MCMC Membuat Lawatan Ke Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan

Diterbitkan Disember 1, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) baru-baru ini.

Lawatan yang ketuai oleh Pengerusi Interim MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din itu disambut oleh Pengerusi PTA, Mejar Jeneral Amir Azeem Bajwa (R) di Ibu Pejabat PTA, Islamabad.

MCMC Membuat Lawatan Ke Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan landskap digital Pakistan dan Malaysia termasuk inisiatif utama dan projek masa depan.

MCMC juga berkongsi butiran projek yang dilaksanakan di Malaysia seperti PEDi (pemerkasaan digital komuniti luar bandar) dan model 5G Rangkaian Borong Tunggal.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk meneruskan dialog mengenai bidang kerjasama bersama terutamanya 5G, keselamatan siber dan rangka kerja kawal selia.

Mesyuarat ini diadakan sebagai kesinambungan daripada libat urus sebelum ini antara PTA dan MCMC. Mekanisme kerjasama yang tidak terikat juga dijangka akan ditandatangani antara kedua-dua pengawal selia dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Video Berbaur Provokasi Didakwa Kandungan Berbayar, MCMC Dan PDRM Panggil TikTok Beri Penjelasan
  • Celcom Digi Selesai Gabung, Jadi ‘Telco’ Terbesar Malaysia
  • Sistem Kabel Dasar Laut Bermasalah, Indonesia Dan Beberapa Negara Lain Alami Gangguan Internet

Sumber: PTA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY