Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aktiviti ‘Cybertrooper’ Sebenarnya Jenayah Siber, Perlu Ada Cara Untuk Kawalnya

Aktiviti ‘Cybertrooper’ Sebenarnya Jenayah Siber, Perlu Ada Cara Untuk Kawalnya

Diterbitkan September 6, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) mencadangkan supaya aktiviti cybertrooper atau tentera siber diselitkan ke dalam rangka kerja kawal selia platform digital bagi mengekang kegiatan jenayah siber.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • MCMC Pertimbang Rangka Kawal Selia Tangani Kandungan Memudaratkan
  • MCMC Keluarkan Notis Kepada 4 Syarikat Telekomunikasi

Presiden MCCA, Siraj Jalil berkata cybertrooper yang digunakan pihak-pihak tertentu menjadi alat penyebaran berita palsu dan propaganda, selain untuk membunuh karakter individu tertentu serta menjatuhkan pesaing dengan kaedah ancaman.

Tidak hanya tertumpu hal yang berkaitan politik, ia juga digunakan dalam sektor korporat.

Tambahnya, cybertrooper merupakan aktiviti jenayah siber dan berfungsi dalam satu sistem yang tersusun. Namun, Malaysia tidak mempunyai kaedah khusus bagi menanganinya, malah sekadar bersandar kepada Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, selain Akta Jenayah Komputer sekiranya melibatkan godaman.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan Malaysia mempertimbang untuk mengguna pakai rangka kerja kawal selia platform digital sebagaimana yang dilaksana di Australia dan Kanada.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Yahoo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY